Bagaimana saya menjaga pelanggan?
Saya mula berniaga lebih kurang 26 tahun dahulu, ketika itu saya bukanlah seorang yang bijak berniaga.
Saya hanya anak hingusan berusia 19 tahun yang "dipaksa" abah untuk berniaga setelah hasrat hati untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak kesampaian kerana ingin memberi laluan kepada adik-adik.
Ya...saya agak kecewa ketika itu....dengan keputusan diploma yang agak baik (ada bintang tau...dan juga sijil dekan lagi...kedengaran macam riak la pulak...hehehe).....namun saya teruskan hasrat abah yang mahu saya menjadi generasi kedua berniaga dalam keluarga.
Tiada bantuan dan tunjuk ajar dari sesiapa ketika itu,tiada rakan sejawat yang boleh membantu.Tiada kemudahan internet seperti sekarang dan sungguh..benar...saya bermula dengan secebis ilmu perniagaan ketika belajar dahulu ...hmmmm...tak sangka saya sungguh tabah...hehehe.
Opss...terlajak nostalgia pulak.
Sejak mula berniaga saya tidak mahir ilmu marketing.Pernah saya ditanya oleh coach Lizam ketika kelas coaching 8 tahun dahulu.Apa strategi marketing yang saya buat selama berniaga sebelum ini.
Saya jawab...hmmm..tak ada apa....minta dengan Allah kot!!.Tepuk dahi Coach ketika itu....hehehe.
Setelah diajar dan belajar.....baru saya tahu.Sejak dahulu apa yang saya lakukan ialah saya sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan.....setiap ringgit duit pelanggan yang diterima ianya adalah amanah besar untuk ditunaikan....memberi yang terbaik kepada pelanggan..setimpal dengan apa yang mereka bayar adalah matlamat perniagaan saya.
Tanya mereka ..apa yang mereka mahu.
Apa yang saya boleh bantu untuk mencapai hasrat hati mereka.
Dan berbaik -baik dengan pelanggan..saya cuba letak diri sendiri di tempat mereka dan memahami mereka sebaiknya.
Alhamdulillah..kebanyakan pelanggan -pelanggan akhirnya akan bertukar menjadi sahabat baik saya.Dari situlah saya membina rakan -rakan baru.
Rakan -rakan baru inilah yang sentiasa membantu saya memperkenalkan pelanggan -pelanggan lain pula.. ini adalah strategi "mouth to mouth".
Walau telah banyak strategi marketing yang saya belajar...namun hingga ke hari ini strategi " mouth to mouth" ini tetap saya gunapakai dan masih relevan untuk sebarang jenis perniagaan.
Tak percaya???
Cuba try tengok...hehehe...ini ayat kegemaran orang Kedah😉
Nah...saya belanja foto -foto penuh senyuman tetamu hari ini dari aktiviti berkambing golek...mohon terliur ya😁😁😁
Sapuraazila Abu Said
Ratu Kambing Golek
Jom makan #kambinggolekfitre.....golek -golek....kambing golek.....jangan sampai tergolek tau...😉
No comments:
Post a Comment