Hari ini cuti umum untuk rakyat negeri Kedah sempena keputeraan baginda Sultan Kedah...Daulat Tuanku!
Memandangkan saya agak keletihan semalam pagi ini tuan suami mengambil alih urusan menghantar Si anak gadis yang terlibat dengan perarakan sempena Keputeraan Tuanku.
Ini merupakan kali pertama si anak gadis turut serta acara sebegitu.
Sebaik tiba dirumah dengan penuh semangat diceritakan keterujaannya hari ini...dapat dilihat dari sinar mata serta anak mata hitamnya yang membesar ketika menceritakan setiap perkara secara detail...ok..mama tak perlu berdiri melambai tuanku...detail betul anakanda bercerita...hehehe.
Keterujaan berganda bilamana si ayah membawanya meronda-ronda menaiki motorsikal disekitar Wisma Darulaman dan singgah ke kawasan operasi tembakan meriam sempena keputeraan.
Terima kasih kepada pegawai bertugas kerana sudi mempelawa si anak gadis bergambar bersama..asyik benar dia... senyum sepanjang hari sambil melihat fotonya...hehehe.
Sungguh...benar...kasih sayang dan bahagia itu subjektif....semoga memori sebegini yang akan dibawanya hingga dewasa.Dan bilamana saya dan suami telah tiada di dunia ini..besar harapan saya semoga......inilah antara kenangan indah yang kekal dihati Si Anak Gadisku....waaaaaa...tiba-tiba rasa syahdu la pulakðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜....
No comments:
Post a Comment