Sunday, 29 January 2017

Nur Haza
Kilang Minuman Berkarbonat
Terletak di Lot 804,KM 9 ,Titi Gajah ,Alor Setar ,Kedah.

Untuk pengetahuan anda,kami merupakan satu  syarikat anak  tempatan yang mengeluarkan minuman berkarbonat di negeri Kedah.

Apa yang menarik untuk anda ketahui tentang minuman  berkarbonat kami?

Anda mempunyai banyak pilihan kerana kami ada menawarkan minuman berkarbonat yang kurang bergas pelbagai perisa  dengan harga yang berbaloi kepada anda.

Anda boleh menikmati  8 perisa minuman berkarbonat yang terdiri daripada  krim soda, oren,sarsi,strawberi,
epal,anggur,cola hitam dan cola biru.

Selain dari 8 perisa biasa,kami juga mengeluarkan minuman berkarbonat dengan pati buah-buahan sebenar yang diberi nama Frutty Rush.
Ini adalah cetusan idea generasi muda yang sukakan kelainan.

 Anda bakal merasai minuman  citarasa buah-buahan yang pekat dan digabung dengan letusan berkarbonat di deria rasa yang  menjanjikan rasa sebenar yang  sukar dilupakan terutama kepada pengemarnya yang tersendiri.

Untuk anda yang berminat berniaga pula, pihak kami  sentiasa bersedia dan membuka peluang kepada para peniaga yang ingin menjadi agen dan pembekal minuman berkarbonat kami di kedai runcit,gerai makanan,butik vendor,cafe atau outlet mereka.

Bagi anda yang terlibat dalam bidang catering pula , kami ada menjual pati minuman dan minuman bergas dalam kuantiti pukal bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja -kerja anda dalam memenuhi permintaan pelanggan anda.

Tidak lupa juga kepada anda yang ingin  yang  mengadakan majlis kenduri kahwin,parti hari jadi,  ,moreh di bulan Ramadhan dan sebarang majlis keraian...kami  bersedia membekalkan minuman berkarbonat dalam bentuk goodies kepada anda. Dan yang  pasti  ialah harga yang amat menarik bakal anda diperolehi.

Untuk anda yang berminat mengeluarkan produk dengan jenama sendiri,kami sentiasa mengalu-alukan  permintaan untuk OEM.Apa yang paling menarik ialah kami menerima tempahan  OEM dalam kuantiti yang kecil sebagai permulaan untuk memasuki pasaran...tidak perlu risau menanggung kos yang tinggi untuk memulakan jenama anda  sendiri.

Semoga maklumat ini dapat memberi lebih penjelasan  kepada anda semua.

Pihak kami sentiasa bersedia untuk dihubungi dan  mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda😊

Terima kasih.

πŸ“²012 482 7630 Sapura.
Beberapa hari lepas saya dipersoalkan tentang jualan minuman berkarbonat keluaran saya.
Ya..saya mengaku ...sekarang ini ada penurunan dari segi jualan.

Sambung beliau...nahhh...makanya sekarang sudah tiba waktu untuk saya berubah..berhenti membuat minuman berkarbonat...buat sesuatu yang lebih sihat...kerana sekarang zaman orang jaga kesihatan.

Saya....pulang dengan sedikit kekeliruan di akal dan jiwa.

Pagi ini ketika kenderaan saya berhenti  dipersimpangan jalan kerana lampu isyarat merah...tiba-tiba saya terpandang lori di hadapan yang sarat muatan minuman berkarbonat.
Selepas bersusah payah menghitung...wahhh...8 pallet...banyaknya!

Tiba -tiba terus teringatkan pesan abah.

"Sapura..abah tau hang tak suka buat dan juai ayaq menet ni...tapi ingat..selagi ada C***C*** ni...maknanya masih ada permintaan dan masih ada yang meminumnya...menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk membuatnya...ianya digelar fardu kifayah...tak mengapa kalau tak berkembang seperti sepatutnya....tumpukan kawasan sendiri  pun sudah mencukupi".

Hmmm...tiba -tiba hati jadi kuat.......sudah tahu persimpangan mana yang harus dipilih!

Orang yang menjaga kesihatan  segmen pasarannya lain dan orang yang minum minuman berkarbonat pula segmen pasarannya pastilah tidak sama...banyak benar bezanya!

Dan yang pasti...saya tetap ingat puan guru pernah berpesan..

" Bisnes dan emosi serta nilai-nilai sentimental tidak boleh disatukan"...

Sekarang waktunya perlu berusaha lebih keras....ya saya tahu saya sedang kalah...tapi itu bukanlah bererti saya mengalah...kerana saya yakin seorang yang berjiwa pejuang itu tidak akan kenal erti putus asa.

Sapuraazila Abu Said
Si Ratu Lemenette πŸ˜‰
Al -Fatihah untuk abah...da rindu abah...sangat..sangat!

Testingg

Happy Chinese New Year...