Nur Haza
Kilang Minuman Berkarbonat
Terletak di Lot 804,KM 9 ,Titi Gajah ,Alor Setar ,Kedah.
Untuk pengetahuan anda,kami merupakan satu syarikat anak tempatan yang mengeluarkan minuman berkarbonat di negeri Kedah.
Apa yang menarik untuk anda ketahui tentang minuman berkarbonat kami?
Anda mempunyai banyak pilihan kerana kami ada menawarkan minuman berkarbonat yang kurang bergas pelbagai perisa dengan harga yang berbaloi kepada anda.
Anda boleh menikmati 8 perisa minuman berkarbonat yang terdiri daripada krim soda, oren,sarsi,strawberi,
epal,anggur,cola hitam dan cola biru.
Selain dari 8 perisa biasa,kami juga mengeluarkan minuman berkarbonat dengan pati buah-buahan sebenar yang diberi nama Frutty Rush.
Ini adalah cetusan idea generasi muda yang sukakan kelainan.
Anda bakal merasai minuman citarasa buah-buahan yang pekat dan digabung dengan letusan berkarbonat di deria rasa yang menjanjikan rasa sebenar yang sukar dilupakan terutama kepada pengemarnya yang tersendiri.
Untuk anda yang berminat berniaga pula, pihak kami sentiasa bersedia dan membuka peluang kepada para peniaga yang ingin menjadi agen dan pembekal minuman berkarbonat kami di kedai runcit,gerai makanan,butik vendor,cafe atau outlet mereka.
Bagi anda yang terlibat dalam bidang catering pula , kami ada menjual pati minuman dan minuman bergas dalam kuantiti pukal bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja -kerja anda dalam memenuhi permintaan pelanggan anda.
Tidak lupa juga kepada anda yang ingin yang mengadakan majlis kenduri kahwin,parti hari jadi, ,moreh di bulan Ramadhan dan sebarang majlis keraian...kami bersedia membekalkan minuman berkarbonat dalam bentuk goodies kepada anda. Dan yang pasti ialah harga yang amat menarik bakal anda diperolehi.
Untuk anda yang berminat mengeluarkan produk dengan jenama sendiri,kami sentiasa mengalu-alukan permintaan untuk OEM.Apa yang paling menarik ialah kami menerima tempahan OEM dalam kuantiti yang kecil sebagai permulaan untuk memasuki pasaran...tidak perlu risau menanggung kos yang tinggi untuk memulakan jenama anda sendiri.
Semoga maklumat ini dapat memberi lebih penjelasan kepada anda semua.
Pihak kami sentiasa bersedia untuk dihubungi dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda😊
Terima kasih.
📲012 482 7630 Sapura.
No comments:
Post a Comment