Ini dunia saya...ini kecintaan saya.
Ya....saya suka berniaga kecil-kecilan...buka meja jual air tuang terutama kepada pelanggan kecil.
Jiwa saya tenang bila melihat wajah-wajah riang mereka menyedut air dingin Krim Soda hasil pengeluaran syarikat saya untuk menghilangkan dahaga setelah penat bermain bersama teman-teman.
Seboleh-bolehnya saya sendiri mahu turun padang untuk bersama-sama pelanggan setia ini...tapi manakan mungkin....kerana puan guru Ainon pernah berpesan...pendiri bisnes tugasnya adalah mengembangkan syarikat...tinggalkan urusan menjual kepada yang layak.
Pesan saya kepada semua anak muda yang sentiasa mencanang diri kononnya minat amat berniaga...
MULAKAN!
Mulakan dengan apa saja yang ada ditangan!
Buang rasa malu...cari kekuatan diri....timba pengalaman sebanyak mungkin....berkawan-kawan dengan jiran gerai sebelah menyebelah...banyak maklumat bakal diperolehi...percayalah...berniaga secara jemaah ini lebih indah๐
** tak luak isi daging di tubuh kerana menjadi peniaga jalanan๐
Friday, 3 February 2017
Hari ini cuti umum untuk rakyat negeri Kedah sempena keputeraan baginda Sultan Kedah...Daulat Tuanku!
Memandangkan saya agak keletihan semalam pagi ini tuan suami mengambil alih urusan menghantar Si anak gadis yang terlibat dengan perarakan sempena Keputeraan Tuanku.
Ini merupakan kali pertama si anak gadis turut serta acara sebegitu.
Sebaik tiba dirumah dengan penuh semangat diceritakan keterujaannya hari ini...dapat dilihat dari sinar mata serta anak mata hitamnya yang membesar ketika menceritakan setiap perkara secara detail...ok..mama tak perlu berdiri melambai tuanku...detail betul anakanda bercerita...hehehe.
Keterujaan berganda bilamana si ayah membawanya meronda-ronda menaiki motorsikal disekitar Wisma Darulaman dan singgah ke kawasan operasi tembakan meriam sempena keputeraan.
Terima kasih kepada pegawai bertugas kerana sudi mempelawa si anak gadis bergambar bersama..asyik benar dia... senyum sepanjang hari sambil melihat fotonya...hehehe.
Sungguh...benar...kasih sayang dan bahagia itu subjektif....semoga memori sebegini yang akan dibawanya hingga dewasa.Dan bilamana saya dan suami telah tiada di dunia ini..besar harapan saya semoga......inilah antara kenangan indah yang kekal dihati Si Anak Gadisku....waaaaaa...tiba-tiba rasa syahdu la pulak๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ....

Anak sumber semangat saya....
Walaupun masing-masing telah membesar dan boleh berdikari tetapi dimata dan hati saya mereka masih bayi yang pernah saya kandung 9 bulan,bayi yang saya susui dari tubuh sendiri selama 2 tahun dan bayi yang saya belai,tatang dan kelek ke hulu ke hilir seusai pantang hingga lah mereka mula ke tadika sambil saya berniaga mencari rezeki.
Ketika itu kereta umpama rumah kedua bagi saya...bukan setakat "car seat"...pam susu,beg penebat haba,lampin pakai buang,permainan memenuhi van nissan Vanette yang menjadi unta tunggangan saya ketika itu.
Pernah satu ketika saya ada tempahan katering majlis perkahwinan di Dewan Kodiang...saya bawa buaian letrik dan gantung di pohon berhampiran dewan tersebut...alhamdulillah...Aiman tidur nyenyak sepanjang hari dan cuma bangun untuk menyusu sahaja.
Kukorban masa depan bisnes dan masa untuk diri sendiri hanya untuk memastikan amanah Allah ini berjaya menjadi khalifah dibumi ini.
Kerana hadirnya mereka dalam hidup saya jugalah muncul ayat #akuberbisnesbukanuntukkaya.
Ya...impian saya ketika itu ingin menikmati setiap detik dan ketika ...melihat dan merasai tumbesaran mereka didepan mata.Saya tahu ada insan -insan yang tak berpeluang menikmatinya...jika ada sekali pun mereka tidak boleh memilih situasi seperti saya kerana tuntutan tugas.
Syukur pada Allah swt kerana saya dapat merasai peluang ini dan tidak sesekali menyesalinya.
Dan saya juga mengaku...pernah rasa rendah diri bila saya memilih untuk perlahankan aktiviti bisnes demi anak..saya mula membandingkan kejayaan demi kejayaan rakan bisnes yang lain....tetapi Allah Maha Penyayang... pertemukan saya dengan seorang insan yang menjadi idola saya iaitu tuan Zamri Mohamad ketika di seminar ABS.
Masih kedengaran jelas ditelinga saya hingga ke hari ini akan kata -katanya.."Puan tidak perlu merasa begitu.....itu pilihan puan dan saya yakin puan telah mendapat apa yang puan inginkan...itu matlamat yang puan ingin capai...dan puan telah berjaya melakukannya.Terima kasih Tuan Zamri...saya mendapat kekuatan dan semangat baru dari kata-kata tuan.
Pesan saya kepada ibu-ibu muda yang sedang berperang dengan pelbagai rasa ,keletihan dan saat-saat sukar...bertabahlah...nikmati saat itu...tebalkan rasa kasih sayang didalam hati...insyaallah...masa itu akan berlalu...percayalah suatu masa...saat itu pasti akan dirindui dan yang pasti ianya tak akan berulang kembali.
Alahai...meleret -leret pulak posting hari ini...entah kenapa tiba-tiba memori silam muncul bila melihat foto yang dihantar oleh kakak ipar saya ini.Ini foto anak kedua saya yang ketika itu berusia 1 minggu.
Terima kasih kak Aliza Aziz kerana menghantar foto ini.Sayang seribu kali sayang...foto -foto mereka yang saya ambil sejak hari pertama kelahiran semuanya telah hilang... hilang bersama telefon,kamera DSLR dan laptop yang dicuri orang.
Tak apa lah...yang penting kasih sayang dan semua memori itu tetap terpahat di hati mama.
Muhammad Aiman Syafi,Muhammad Aqeel Syahmi dan Amni Suci Syahmina....Insyaallah...perlahan-lahan...mama akan tuliskan kembali kisah -kisah ini khas untuk tatapan anak-anak mama sebagai tanda kasih sayang dan cinta yang tak pernah padam dihati ini๐

Bagaimana saya menjaga pelanggan?
Saya mula berniaga lebih kurang 26 tahun dahulu, ketika itu saya bukanlah seorang yang bijak berniaga.
Saya hanya anak hingusan berusia 19 tahun yang "dipaksa" abah untuk berniaga setelah hasrat hati untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak kesampaian kerana ingin memberi laluan kepada adik-adik.
Ya...saya agak kecewa ketika itu....dengan keputusan diploma yang agak baik (ada bintang tau...dan juga sijil dekan lagi...kedengaran macam riak la pulak...hehehe).....namun saya teruskan hasrat abah yang mahu saya menjadi generasi kedua berniaga dalam keluarga.
Tiada bantuan dan tunjuk ajar dari sesiapa ketika itu,tiada rakan sejawat yang boleh membantu.Tiada kemudahan internet seperti sekarang dan sungguh..benar...saya bermula dengan secebis ilmu perniagaan ketika belajar dahulu ...hmmmm...tak sangka saya sungguh tabah...hehehe.
Opss...terlajak nostalgia pulak.
Sejak mula berniaga saya tidak mahir ilmu marketing.Pernah saya ditanya oleh coach Lizam ketika kelas coaching 8 tahun dahulu.Apa strategi marketing yang saya buat selama berniaga sebelum ini.
Saya jawab...hmmm..tak ada apa....minta dengan Allah kot!!.Tepuk dahi Coach ketika itu....hehehe.
Setelah diajar dan belajar.....baru saya tahu.Sejak dahulu apa yang saya lakukan ialah saya sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan.....setiap ringgit duit pelanggan yang diterima ianya adalah amanah besar untuk ditunaikan....memberi yang terbaik kepada pelanggan..setimpal dengan apa yang mereka bayar adalah matlamat perniagaan saya.
Tanya mereka ..apa yang mereka mahu.
Apa yang saya boleh bantu untuk mencapai hasrat hati mereka.
Dan berbaik -baik dengan pelanggan..saya cuba letak diri sendiri di tempat mereka dan memahami mereka sebaiknya.
Alhamdulillah..kebanyakan pelanggan -pelanggan akhirnya akan bertukar menjadi sahabat baik saya.Dari situlah saya membina rakan -rakan baru.
Rakan -rakan baru inilah yang sentiasa membantu saya memperkenalkan pelanggan -pelanggan lain pula.. ini adalah strategi "mouth to mouth".
Walau telah banyak strategi marketing yang saya belajar...namun hingga ke hari ini strategi " mouth to mouth" ini tetap saya gunapakai dan masih relevan untuk sebarang jenis perniagaan.
Tak percaya???
Cuba try tengok...hehehe...ini ayat kegemaran orang Kedah๐
Nah...saya belanja foto -foto penuh senyuman tetamu hari ini dari aktiviti berkambing golek...mohon terliur ya๐๐๐
Sapuraazila Abu Said
Ratu Kambing Golek
Jom makan #kambinggolekfitre.....golek -golek....kambing golek.....jangan sampai tergolek tau...๐

Sunday, 29 January 2017
Nur Haza
Kilang Minuman Berkarbonat
Terletak di Lot 804,KM 9 ,Titi Gajah ,Alor Setar ,Kedah.
Untuk pengetahuan anda,kami merupakan satu syarikat anak tempatan yang mengeluarkan minuman berkarbonat di negeri Kedah.
Apa yang menarik untuk anda ketahui tentang minuman berkarbonat kami?
Anda mempunyai banyak pilihan kerana kami ada menawarkan minuman berkarbonat yang kurang bergas pelbagai perisa dengan harga yang berbaloi kepada anda.
Anda boleh menikmati 8 perisa minuman berkarbonat yang terdiri daripada krim soda, oren,sarsi,strawberi,
epal,anggur,cola hitam dan cola biru.
Selain dari 8 perisa biasa,kami juga mengeluarkan minuman berkarbonat dengan pati buah-buahan sebenar yang diberi nama Frutty Rush.
Ini adalah cetusan idea generasi muda yang sukakan kelainan.
Anda bakal merasai minuman citarasa buah-buahan yang pekat dan digabung dengan letusan berkarbonat di deria rasa yang menjanjikan rasa sebenar yang sukar dilupakan terutama kepada pengemarnya yang tersendiri.
Untuk anda yang berminat berniaga pula, pihak kami sentiasa bersedia dan membuka peluang kepada para peniaga yang ingin menjadi agen dan pembekal minuman berkarbonat kami di kedai runcit,gerai makanan,butik vendor,cafe atau outlet mereka.
Bagi anda yang terlibat dalam bidang catering pula , kami ada menjual pati minuman dan minuman bergas dalam kuantiti pukal bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja -kerja anda dalam memenuhi permintaan pelanggan anda.
Tidak lupa juga kepada anda yang ingin yang mengadakan majlis kenduri kahwin,parti hari jadi, ,moreh di bulan Ramadhan dan sebarang majlis keraian...kami bersedia membekalkan minuman berkarbonat dalam bentuk goodies kepada anda. Dan yang pasti ialah harga yang amat menarik bakal anda diperolehi.
Untuk anda yang berminat mengeluarkan produk dengan jenama sendiri,kami sentiasa mengalu-alukan permintaan untuk OEM.Apa yang paling menarik ialah kami menerima tempahan OEM dalam kuantiti yang kecil sebagai permulaan untuk memasuki pasaran...tidak perlu risau menanggung kos yang tinggi untuk memulakan jenama anda sendiri.
Semoga maklumat ini dapat memberi lebih penjelasan kepada anda semua.
Pihak kami sentiasa bersedia untuk dihubungi dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda๐
Terima kasih.
๐ฒ012 482 7630 Sapura.

Beberapa hari lepas saya dipersoalkan tentang jualan minuman berkarbonat keluaran saya.
Ya..saya mengaku ...sekarang ini ada penurunan dari segi jualan.
Sambung beliau...nahhh...makanya sekarang sudah tiba waktu untuk saya berubah..berhenti membuat minuman berkarbonat...buat sesuatu yang lebih sihat...kerana sekarang zaman orang jaga kesihatan.
Saya....pulang dengan sedikit kekeliruan di akal dan jiwa.
Pagi ini ketika kenderaan saya berhenti dipersimpangan jalan kerana lampu isyarat merah...tiba-tiba saya terpandang lori di hadapan yang sarat muatan minuman berkarbonat.
Selepas bersusah payah menghitung...wahhh...8 pallet...banyaknya!
Tiba -tiba terus teringatkan pesan abah.
"Sapura..abah tau hang tak suka buat dan juai ayaq menet ni...tapi ingat..selagi ada C***C*** ni...maknanya masih ada permintaan dan masih ada yang meminumnya...menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk membuatnya...ianya digelar fardu kifayah...tak mengapa kalau tak berkembang seperti sepatutnya....tumpukan kawasan sendiri pun sudah mencukupi".
Hmmm...tiba -tiba hati jadi kuat.......sudah tahu persimpangan mana yang harus dipilih!
Orang yang menjaga kesihatan segmen pasarannya lain dan orang yang minum minuman berkarbonat pula segmen pasarannya pastilah tidak sama...banyak benar bezanya!
Dan yang pasti...saya tetap ingat puan guru pernah berpesan..
" Bisnes dan emosi serta nilai-nilai sentimental tidak boleh disatukan"...
Sekarang waktunya perlu berusaha lebih keras....ya saya tahu saya sedang kalah...tapi itu bukanlah bererti saya mengalah...kerana saya yakin seorang yang berjiwa pejuang itu tidak akan kenal erti putus asa.
Sapuraazila Abu Said
Si Ratu Lemenette ๐
Al -Fatihah untuk abah...da rindu abah...sangat..sangat!

Subscribe to:
Posts (Atom)