Friday, 3 February 2017

Anak sumber semangat saya....

Walaupun masing-masing telah membesar dan boleh berdikari tetapi dimata dan hati saya mereka masih bayi yang pernah saya kandung 9 bulan,bayi yang saya susui dari tubuh sendiri selama 2 tahun dan bayi yang saya belai,tatang dan kelek ke hulu ke hilir seusai pantang hingga lah mereka mula ke tadika  sambil saya berniaga mencari rezeki.

Ketika itu kereta umpama rumah kedua bagi saya...bukan setakat "car seat"...pam susu,beg penebat haba,lampin pakai buang,permainan memenuhi van nissan Vanette yang menjadi unta tunggangan saya ketika itu.

Pernah satu ketika saya ada tempahan katering majlis perkahwinan  di Dewan Kodiang...saya bawa buaian letrik dan gantung di pohon berhampiran dewan tersebut...alhamdulillah...Aiman tidur nyenyak sepanjang hari dan cuma bangun untuk menyusu sahaja.

Kukorban masa depan bisnes dan masa untuk diri sendiri hanya untuk memastikan amanah Allah ini berjaya menjadi khalifah dibumi ini.

Kerana hadirnya mereka dalam hidup saya jugalah muncul ayat #akuberbisnesbukanuntukkaya.

Ya...impian saya ketika itu ingin menikmati setiap detik dan ketika ...melihat dan merasai tumbesaran mereka didepan mata.Saya tahu ada insan -insan yang tak berpeluang menikmatinya...jika ada sekali pun  mereka tidak boleh memilih situasi seperti saya kerana tuntutan tugas.

Syukur pada Allah swt kerana saya  dapat merasai peluang ini dan tidak sesekali menyesalinya.

Dan saya juga mengaku...pernah rasa rendah diri bila saya memilih untuk perlahankan aktiviti bisnes demi anak..saya mula membandingkan kejayaan demi kejayaan rakan bisnes yang lain....tetapi Allah Maha Penyayang... pertemukan saya dengan seorang insan yang menjadi idola saya iaitu tuan Zamri Mohamad ketika di seminar ABS.

Masih kedengaran jelas ditelinga saya hingga ke hari ini akan  kata -katanya.."Puan tidak perlu merasa begitu.....itu pilihan puan dan saya yakin  puan telah mendapat apa yang puan inginkan...itu matlamat yang puan ingin  capai...dan puan telah berjaya melakukannya.Terima kasih Tuan Zamri...saya mendapat kekuatan dan semangat baru dari kata-kata tuan.

Pesan saya kepada ibu-ibu muda yang sedang berperang dengan pelbagai rasa ,keletihan dan saat-saat sukar...bertabahlah...nikmati saat itu...tebalkan rasa kasih sayang didalam hati...insyaallah...masa itu akan berlalu...percayalah suatu masa...saat itu pasti akan dirindui dan yang pasti ianya tak akan berulang kembali.

Alahai...meleret -leret pulak posting hari ini...entah kenapa tiba-tiba memori silam muncul bila melihat foto yang dihantar oleh kakak ipar saya ini.Ini foto anak kedua saya yang ketika itu berusia 1 minggu.

Terima kasih kak Aliza Aziz kerana menghantar foto ini.Sayang seribu kali sayang...foto -foto mereka yang saya ambil sejak hari pertama kelahiran semuanya telah hilang... hilang bersama  telefon,kamera DSLR dan laptop yang  dicuri orang.

Tak apa lah...yang penting kasih sayang dan semua memori itu tetap terpahat di hati mama.

Muhammad Aiman Syafi,Muhammad Aqeel Syahmi dan Amni Suci Syahmina....Insyaallah...perlahan-lahan...mama akan tuliskan kembali kisah -kisah ini khas  untuk tatapan anak-anak mama sebagai tanda kasih sayang dan cinta  yang tak pernah padam dihati ini😊

No comments:

Post a Comment