Friday, 3 February 2017

Ini dunia saya...ini kecintaan saya.

Ya....saya suka berniaga kecil-kecilan...buka meja jual air tuang terutama kepada pelanggan kecil.

Jiwa saya tenang bila melihat wajah-wajah riang mereka menyedut air dingin  Krim Soda hasil pengeluaran syarikat saya untuk menghilangkan dahaga setelah penat bermain bersama teman-teman.

Seboleh-bolehnya saya sendiri mahu turun padang untuk bersama-sama pelanggan setia ini...tapi manakan mungkin....kerana puan guru Ainon  pernah berpesan...pendiri bisnes tugasnya adalah mengembangkan syarikat...tinggalkan urusan menjual kepada yang layak.

Pesan saya kepada semua anak muda yang sentiasa mencanang diri kononnya minat amat berniaga...

MULAKAN!

Mulakan dengan apa saja yang ada ditangan!

Buang rasa malu...cari kekuatan diri....timba pengalaman sebanyak mungkin....berkawan-kawan dengan jiran gerai sebelah menyebelah...banyak maklumat bakal diperolehi...percayalah...berniaga secara jemaah ini lebih indah😉

** tak luak isi daging di tubuh kerana menjadi peniaga jalanan😉

No comments:

Post a Comment